Sunday, October 4, 2009

Wajah-wajah SciCrew Team




~walaupun penat bertugas, namun masih tetap mampu mengukir senyuman... ~

SciCrew Second Batch 2009

SciCrew Batch yang kedua adalah paling ramai, yang mana batch pertama bergabung dengan batch kedua. Di sini konsep "kesinambungan" digunakan untuk melatih SciCrew yang baru. SciCrew yang lebih berpengalaman tentang selok belok Pusat Sains Negara akan mengajar dan berkongsi ilmu mereka dengan SciCrew yang baru. Disebabkan SciCrew Btach kedua ramai dan mereka sememangnya ceria senantiasa, suasana Pusat Sains Negara menjadi lebih meriah dengan kehadiran mereka terutamanya ketika musim Cuti Sekolah. Mereka memberi khidmat dengan sepenuh hati dan mereka berkebolehan untuk melakukan pelbagai tugasan. Terima kasih diucapkan kepada mereka ini dan semoga mereka meneruskan tugas mereka dengan lebih cemerlang.

Kepada mereka yang melanjutkan pelajaran dan memperoleh kerja baru, tahniah diucapkan dan Selamat Maju Jaya. Dan kepada mereka yang masih setia menabur bakti, jasa anda amat dihargai.

Selamat Maju Jaya

Science Crew Team 2009



Batch Pertama Science Crew 2009 yang disertai oleh pelbagai latar belakang pendidikan dan umur. Namun mereka bersatu dalam melaksanakan tanggungjawab mereka sepanjang berkhidmat di Pusat Sains Negara. Sememangnya mereka bertanggungjawab dan berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik. Ada diantara mereka kini menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan ada juga yang berpindah ke cawangan Pusat Sains Negara Alor Setar , Kedah. Ada juga yang masih berkhidmat di Pusat Sains Negara Kuala Lumpur. Pusat Sains Negara mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat mereka dalam merealisasikan perkhidmatan Pusat Sains Negara. Di samping itu juga, pihak Pusat Sains Negara berharap mereka beroleh pengalaman berharga sepanjang mereka bertugas di Pusat Sains Negara.

Semoga mereka sentiasa ceria dan bersemangat dalam berbakti untuk menyampaikan ilmu sains dan teknologi kepada masyarakat kita. Selamat Maju Jaya.

Thursday, October 1, 2009

Peluang untuk menjadi SciCrew Sempena Program SciKids

Satu Program Khas iaitu "SciKids Programme" akan diadakan pada 11 hingga 16 Oktober 2009.

"SciKids Programme" dahulunya dikenali sebagai Program Anak angkat adalah satu program yang mana ianya melibatkan pelajar berumur 12 tahun yang dikumpul dari setiap negeri di Malaysia. Satiap negeri akan menghantar 3 atau 4 orang pelajar bersama seorang guru pengiring untuk menyertai program ini.

Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar diseluruh negara terutama pelajar luar bandar untuk melawat Pusat Sains Negara, menyertai aktiviti-aktiviti sains dan juga memberi mereka inspirasi supaya cenderung untuk mempelajari bidang sains dan teknologi.

Oleh itu, SciCrew (a.k.a fasilitator) diperlukan untuk membimbing kumpulan (semua pelajar akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan) dalam melaksanakan aktiviti dan juga membentuk semangat kerjasama kumpulan sepanjang program ini.

Kepada yang berminat, anda semua boleh mengisi borang permohonan SciCrew dan permohonan anda akan diberi layanan sewajarnya.

Terima kasih.

Sci Crew Pusat Sains Negara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Anda berminat untuk menjadi Sci Crew Pusat Sains Negara?

"Sci Crew" adalah kata singkatan untuk SCIENCE CREW.

Dahulunya dikenali sebagai Sukarelawan PSN dan juga Fasilitator PSN.

Kini, Pusat Sains Negara sedang mengalami "rebranding", dan

dengan it, penjemaan semula telah dilakukan.

tugasan seorang Sci Crew adalah mudah.

Anda akan ditugaskan untuk membantu para pelawat dari segi berinteraksi dengan bahan pameran, dan juga dengan meja aktiviti yang ada.

ada beberapa lokasi yang memerlukan khidmat Sci Crew iaitu:

-Science Show ~ juga dikenali sebagai Demonstrasi Sains.

-X-Periment! ~ menawarkan beberapa eksperimen mudah untuk dicuba oleh para pelawat

-X-plore your creativity! ~ menyediakan beberapa aktiviti yang berupaya mencungkil daya kreativiti para pelawat

Anda akan dibayar elaun saguhati sekiranya terpilih untuk menjadi Sci Crew Pusat Sains Negara.

Maka, apa yang ditunggu lagi..?

Borang penyertaan ada di website PSN ataupun di bahagian atas Blog Sci Crew ini.

Sekian, terima kasih

Sci Crew FORM

Name:
Email Address:
Contact Number (handphone)
Current Address
Date of Birth
Education / Working Experience
Hobby
Do you like to interact with people? Yes
No